Syarikat kami membekal sup kaki ayam sejuk beku yang dikenali dengan nama 'SUP CEKER WAK'.
Kami bermula dengan menjual produk ini di pasar malam. Dengan permintaan yang semakin tinggi di pasar malam, kami tidak dapat memenuhi semua permintaan pelanggan pada satu-satu masa. Dengan itu kami mengambil inisiatif untuk memasarkan produk ini sebagai produk sejuk beku supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan pada bila-bila masa. Syarikat kami menggunakan resipi turun menurun keluarga dengan memastikan kualiti makanan sentiasa terjaga dari segi kebersihan dan rasa. |